Alhamdulillah, pada Sabtu, 3 Mei 2025 yang lalu, Akademi Hikmah telah berjaya menganjurkan Hari Perjumpaan Ibubapa yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi laporan prestasi pelajar kepada ibu bapa serta membuka ruang perbincangan antara guru dan penjaga demi perkembangan holistik anak-anak.
Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa amat menggalakkan dan suasana pada hari tersebut cukup mesra serta penuh keterbukaan. Para guru mengambil peluang untuk menyampaikan perkembangan akademik, pencapaian hafazan serta sahsiah para pelajar dengan telus dan jujur, manakala ibu bapa pula menyambut baik segala cadangan penambahbaikan yang diketengahkan.
Kami juga amat bersyukur menerima maklum balas positif dari para ibu bapa selepas program berlangsung. Berikut antara testimoni yang dikongsi oleh mereka:
“Masuk tahun ke-4 anak mengaji di sini. Alhamdulillah banyak peningkatan dari segi bacaan dan hafazan. Ustaz ustazah semuanya sangat bagus dalam membimbing dan mengajar anak. Akademi Hikmah juga aktif dalam melakukan aktiviti seperti riadah di tepi tasik, kelas memasak ketika cuti sekolah dan sebagainya. Recommended 👍👍👍”
— Sharmimi Ghazali
“Alhamdulillah anak-anak improve banyak sangat selepas hantar ke Akademi Hikmah. Anak-anak pun suka dengan ustazah yang mengajar.”
— Umi Ahmad
“Alhamdulillah. Anak menunjukkan peningkatan dan selesa dengan cara pembelajaran yang diajar oleh ustazah di Akademi.”
— Mohd Zaimi Othman
Pandangan ibubapa ini mencerminkan kepercayaan yang telah dibina antara Akademi Hikmah dan komuniti ibu bapa sejak penubuhan. Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan standard pendidikan yang tinggi, menyantuni anak-anak dengan kasih sayang serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan terus memberi sokongan. Semoga kerjasama ini terus membuahkan kejayaan buat anak-anak kita, dunia dan akhirat.