17 MEI 2025
alhamdulillah pada tarikh ini satu bengkel tajwid telah dijalankan bersama sama dengan anak anak akademi hikmah. Sungguh teruja anak anak dapat menghadiri bengkel bersama dengan tenaga pengajar yang kita import dari luar iaitu ustazah huda.
pelbagai aktiviti telah dijalankan dari jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah teori berkaitan 4 mad iaitu mad asli, mad badal, mad lin dan juga mad ‘aridh lil sukun. Selain itu juga, aktiviti santai isiatu berkaitan dhomir dengan mengguanakan gerakan tangan juga dilakukan untuk mengelakkan anak anak mengantuk dan berasa bosan.
“Bestlah,first time saya jumpa kelas tajwid yang tak mengantuk” kata Puan Fatahiyyah yang sempat melihat kelas tajwid ketika sedang berjalan.
Begitulah kira kira bengkel kami pada hari tersebut. Alhamdulillah, anak anak balik dengan segulung sijil sebagai sekalung penghargaan kerana telah menyertai bengkel ini.