Pada malam 18 April 2025 yang penuh barakah, Akademi Hikmah telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang cukup meriah dan penuh dengan kemesraan. Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam ini menghimpunkan para guru dan pelajar dari kelas fizikal dan juga dalam talian. Suasana dipenuhi dengan gelak tawa, ukhwah yang erat serta juadah potluck yang menyelerakan!

Bertempat di Akademi Hikmah, ruang majlis dihiasi indah dengan sentuhan raya tradisional dan moden, menjadikan suasana lebih ceria dan menggamit kenangan. Antara yang mencuri perhatian adalah pertandingan Busana Tercantik Raya yang menampilkan pelbagai gaya baju raya yang anggun dan bergaya. Tahniah kepada pemenang yang menyerlah dengan penampilan mereka!

Majlis ini bukan sahaja menjadi tempat berkongsi rezeki dan rasa, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara tenaga pengajar dan pelajar. Kehadiran anak-anak kecil juga menambahkan lagi keceriaan malam tersebut.

Kami di Akademi Hikmah amat berterima kasih atas kehadiran semua yang memeriahkan majlis ini. Semoga kemeriahan Syawal ini terus mengukuhkan silaturrahim dan membawa keberkatan kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami di Akademi Hikmah!

Skip to content